Pages

Isnin, 28 Februari 2011

KITA YANG SEBENARNYA................................

"Kita Sebenarnya...
Lebih gembira menyambut 1hb Januari drpd 1 Muharram


Kita Sebenarnya...
Lebih tahu apa itu 14hb Febuari drpd 12 Rabiulawal -------------------> Ni tarikh apa sebenernya???


Kita Sebenarnya...
Lebih kusyuk mendengar lagu drpd mendengar azan


Kita Sebenarnya...
Lebih suka melepak, tidur, tengok tv drpd sembahyang


Kiita Sebenarnya...
lebih tahu tentang artis pujaan kita drpd nama Nabi Nabi Allah


Kita Sebenarnya...
Lebih suka menyebut hello @ hai drpd Assalammualaikum


Kita Sebenarnya...
Lebih suka menyanyi dangdut drpd berwirid @ bertahmid


Kita Sebenarnya...
Lebih suka membaca majalah hiburan drpd buku-buku agama


Kita Sebenarnya...
Lebih suka memaki, mengumpat orang drpd memuji mereka


Kita Sebenarnya...
Lebih suka mencarut #@!!#*@!! drpd menyebut Masyaallah


Kita Sebenarnya...
Lebih suka kemungkaran drpd berbuat kebaikan


Kita Sebenarnya...
Lebih cintakan urusan dunia drpd urusan akhirat


TETAPI...BILA ORG BERTANYA ARAH TUJUAN KITA, KITA PASTI AKAN MENJAWAB..


Kita Sebenarnya...
LEBIH SUKA MENUJU KE SYURGA DARIPADA NERAKA TETAPI LAYAKKAH KITA DGN SYURGA
ALLAH????


Semoga kata2 hikmat ini dpt mendatangkan kebaikan kpd kita.. wassalam"







Ahad, 27 Februari 2011

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)












HIDUP SEORANG INSAN YG DIGELAR STUDENT-PART 1

SALAM........ hai kawan2 entry kali nie KEYRA nak berkongsi mengenai my life sebagai seorg pelajar/student.........
    hummmm.... nak mulakan camne erk... ok lar kepade sesiape yg pernah bergelar student mesti korang banyak pengalaman pahit/manis sepanjang bergelar student kan...same larr jugak ngan KEYRA.... i'm student UUM Sintok Kedah... start masuk UUM bulan Julai 2008........now dah semester akhir dan bakal menamatkan pengajian pade bulan MEI tahun nie....
  Memang terlalu banyak sangatttt kenangan pahit/manis + pengalaman pahit/manis selama KEYRA belajar di sini.......Pada awalnye memang KEYRA tak jangke dapat masuk UUM..yealah kite nie bukanlah jenis pelajar yang pandai sangat mase di sekolah dulu...pelajar yang biase2 jer... tapi Alhamdulillah mungkin dah rezeki KEYRA dapat sambung study sini.........
  First dapat tawaran masuk UUM harus larr amat2 seronok.........sape yang x seronok bile dapat masuk Universiti kan...... orang pertame yang KEYRA bagitaw tentang tawaran tersebut ialah abah KEYRA........KEYRA call abah and inform pasal tawaran tersebut.......... 
  Dalam tempoh 2 minggu surat tawaran sampai.. and then KEYRA pun wat lar prepare ape yang patut sebelum daftar ke UUM.......

<<PIC-PIC KEYRA BARU MASUK UUM>>>


at pulau pangkor>>> holiday with kwn2 lepas dapat result STPM.. 



pic dalam chalet pulau pangkor.....



at jeti lumut....



pic at kampung ibu (kedah)





Sabtu, 26 Februari 2011

Lirik Kalau Berpacaran – Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang
Chorus
 
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)
Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Ulang Chorus
Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah
Ulang Chorus

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)
 
-
-
-
-
-
-
-
-












AT AQUARIA KLCC>> with family........

SABTU- 05/02/2011= RAYA CINA

ME & family go to AQUARIA KLCC.... best banggat coz dapat tengok pelbagai jenis ikan & hidupan laut... kiteorg bertolak dari umh around 9 am... terus go to breakfast at restoran yg terdekat..... ME, SI COMEL  & abah mkn roti canai... K.Bell & ibu plak mkn nasi lemak.....sedap gak mkn kat citu... sebab tue ramai org kowtt...

lepas jer breakfast abah terus drive go to KLCC.... kiteorg masuk AQUARIA tue pun dh pukul 11 am.. bayaran lebih kurang sorang RM60 lebih kot.... walaupun mahal gak tapi berbaloi lar jugak coz dlm tue ade byk jenis hidupan laut & ade seekor ikan pari yang besar namenyer KUDSIA & seekor ikan paus name BOB...

SI COMEL ( adik lelakiku) memang exited giler larr tengok ikan2 dlm tue... Selain ikan ade jugak haiwan lain seperti penyu + ikan2 kecil + batu karang + ular & mcm lagi..... memang best!!!!
korang yg x penah pegi lagi @ pun yg telah lame berhajat nak pegi tue cepat2 lar pegi yea........ x rugi taw tengok haiwan2 tue dlm aquarium yg amat2 besar.........boleh rase mcm duduk dalam dasar laut jerr...hehe

k larr..tanpe membuang mase jom kite layan my pic at AQUARIA
-
-
-
-
-
-
-

REPLIKA IKAN >>>>






SI COMEL + IBU + ME  TUNGGU ABAH BELI TIKET MASUK>>>>


SI COMEL + KAK BELL POSSING WITH SNAKE




 ME + IBU>>>>spare mineral water if haus..hehe





 ME + MY FAMILY DEPAN AQUARIUM BESAR>>>>




 HIDUPAN DASAR LAUT



SI COMEL + ABAH


ME AT REPLIKA IKAN BESAR>>>>



ME AT PIC TITI GANTUNG>> ni bukan titi betul..just gambar jer... nampak cam real kan>>>hehe





 SI COMEL PUN BERMINAT NAK POSSING KAT GAMBAR TITI YG CANTIK NIE...





KAK BELL NGAH POSSING MAUT..HEHE






SI COMEL WITH IKAN JERUNG...HEHE
SI COMEL + KAK BELL DALAM MULUT IKAN...HAHA



NIE PENYU YG SANGAT AKTIF + KUAT MAKAN..


IKAN-IKAN KECIL>>>>





BIAWAK YG MALAS>> keje tido jerr






SI COMEL MASUK DALAM AQUARIUM>>>>
 

Khamis, 24 Februari 2011

TIPS PENJAGAAN RAMBUT>>>>>>>

>Jom kite kongsi tips penjagaan rambut secara traditional.........
>sure korang sume nak rambut cantik & sihat kan....
>now keyra nak berkongsi tips2 camne nak jage rambut jadi sentiase cantik!!!!


-
-
-
-
-

Tips Penjagaan Rambut Cara Tradisional


kacang-hijau
kacang hijau
1. Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.



bunga-raya
daun bunga raya     




lidah-buaya
lidah buaya



2. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.





telur
telur ayam kampung

3. Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
selamat mencuba!

> if nak rambut yang cantik kene larr rajin!!!!!!!


KARAOKE + BOWLING

SELASA- 22/02/2011-JAM 5.30 PETANG>>>>>

Kiteorang berempat pegi C-Mart Changloon...bezz jugak sebab dapat release tension hehe.... kiteorg pegi naik bas jer... sangat2 dekat just 15 minit jer dari kampus ke Changloon....

jom layan pic2 kiteorang dlm bas>>>>








sampai jerr kat dalam C-Mart Changloon terus kiteorang ke bilik karaoke...just amik karaoke yg 1 jam jerr ...tapi amat2 x berbaloi....sebab keyra dpt nyanyi 3 buah lagu jer..hehehe but sakit jugak larr tekak nie dok melalak kat situ...:)

nie pic2 kiteorang melalak:----
-
-
-
-








bile dah penat2 melalak terus kiteorang main bowling plak.......bez sesangat taw........ actually keyra bukan pandai main bowling pun...hihihi>>>>>>>

jom layan pic2 kiteorang main bowling>>>>

-
-
-
-




















>nie larr yg dapat keyra citer kan... maaf erk if korang bosan tengok pic keyra jerr yg banyak kan.....
>tapi memang harus larr pic keyra banyak coz kan nie my blog...huhuhu

-PAPAI SEMUA-