- Pic mase join grand dinner Persatuan Pengurusan Awam>> at hotel EDC UUN..semester 2... still cun lg kan???hehe
nie plak pic kat dlm toilet INDAH WATER>>>hehehe delegasi KL
pic kat depan pintu chelett pangkor>> program tawar-menawar :)
ari raye ke2>>> di serambi rumah arwah tok>>>kenangan abadie!!
BUAT RENUNGAN BERSAMA>>>>
Di dalam dunia ini,hakikatnya kita tidak mempunyai sesiapa kecuali diri kita sendiri… tetapi dalam kita bersendiri,kita beruntung kerana masih mempunyai seorang teman yang memahami diri kita…
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang teman,begitu juga dia…tetapi kita sering terlupa akan hal itu…kita Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita…kita rasa di khianati bila dia tidak menepati janjinya…kita tidak memberinya peluang untuk menerangkan keadaannya…bagi kita itu alasannya untuk menutup kesilapan dan juga membela diri…
Adakalanya,kita terlupa bahawa kita jugalah pernah membiarkan dia ternanti-nanti… kerana ada juga janji yang tidak kita tepati…kita memberi beribu alasan memaksa dia menerima alasan kita…waktu itu,terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita,dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa akan hal itu…
Untungnya mempunyai seorang teman yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukannya…mendengar luahan perasaan kita…ketika kita dihimpit segala rasa kecewa,ketakutan,harapan dan impian…segalanya kita luahkan…dia sentiasa memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah…
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita…hinggakan kadang-kadang kita terlupa bahawa teman kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama dengan kita…
Pernahkah kita menenangkannya sebagaimana dia pernah menyabarkan kita???
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita kegembiraannya??? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya dengan meniup semangat setiap kali dia merasa kecewa dan menyerah kalah???
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai…kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila dia merasa lemah agar tidak rebah??? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan???
Sesekali jadilah seorang teman,sahabat @ kawan yang mendengar… ambillah sedikit masa untuk memahami hati dan perasaan kawan kita kerana dia juga seorang manusia…dia juga ada rasa takut dan ada juga rasa bimbang…disebalik senyuman itu,mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,,,disebalik kesenangannya,kegembiraannya dan keceriaanya mungkin tersimpan seribu kekalutan yang kita pun tidak sedar dan tahu… tetapi jika kita cuba jadi teman seperti dia…mungkin kita akan tahu dan menilai kembali segala pengorbanan yang telah dilakukannya…!!!!!!!!!
>Renungkanlah<
YANG INDAH HANYALAH SEMENTARA….
KeYra……
0 ulasan:
Catat Ulasan